Thursday, April 29, 2010

Cartoon Character

Three set fridge magnet Oggy and the cockroaches cartoon character for sale:

Set 1


Price: RM 17.00

Set 2


Price: RM 17.00

Set 3


Price: RM 17.00

Bagi peminat-peminat kartun Oggy and the cockroaches,ini adalah peluang untuk mendapatkan koleksi set yang kami buat bagi ke empat-empat karekter yang dijual dalam satu set sebagai fridge magnet dirumah anda.
Sila hubungi kami untuk mendapatkan koleksi ini selagi stok masih ada.
Terima kasih.


PUCCA

'Pucca' salah satu watak anime dari Korea Selatan yang sangat comel.Berumur 11 tahun dan sangat suka kepada satu lagi watak utama iaitu 'Garu' seorang budak lelaki yang mempelajari ilmu ninja berumur 12 tahun dan 'Pucca' sentiasa mencuba untuk menciumnya,hehe.

Lukisan pada Paper weight ini diambil dari watak anime Pucca berlatarbelakangkan dua watak utama ini.











Price: RM 6.80
Size : Medium
Pucca and Garu with 'Special gift for you' quotes.

Wednesday, April 28, 2010

Relax sat



Lawatan rombongan sekolah ke Muzium Negara :)

Disebabkan lama tak pg Muzium Negara, kami telah membuat lawatan sambil belajar :) ke Muzium Negara(sebenarnya niat nak supply pebbles kami kt kedai cenderahati muzium). Masa kami pegi, ada pameran keranda la pulak.Boleh tahan la walaupun xberapa penting sgt pn nk tau pasal pengkebumian ni.Pameran tetap rasanya mcm sama jer dr dulu,xtau la kot ada perubahan skit sbb lama dah tak pegi
Apa-apa pun layan..










Ni la kot khazanah yang tinggal kt muzium negara tu.Cuba la pihak muzium ni buat pameran yang lg best, mcm pameran orang-orang terkaya di Malaysia dan mcm mana diorang blh berjaya.Ni cadangan jer..

Sample only- - Behind the scene

Ini adalah sampel-sampel pada awal penubuhan Fizman Craft.Oleh kerana ketika ini kami masih lagi trial n error,jadi kualiti agak kureng sedikit.
Harap maaf.





Disebalik tabir menyiapkan tempahan dari pelanggan.



Sunday, April 25, 2010

Fridge Magnet

Berikut adalah stok sedia ada:

Background berwarna hijau dengan gambar ladybird pada fridge magnet.
Saiz: Medium.
Harga: RM 5.90 sebiji.
Fridge magnet ini sangat sesuai untuk dijadikan koleksi sendiri ataupun hadiah kepada kenalan yang minat mengumpul fridge magnet.





Fridge magnet dengan tema happy birthday ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada teman-teman ataupun saudara-mara anda. Mereka pasti akan teruja dengan hadiah yang anda berikan kerana ia tidak terdapat di mana-mana kedai cenderahati ataupun di Central Market. Dengan harga yang mampu dimiliki, anda juga boleh membeli untuk diri anda sendiri sebagai koleksi peribadi.
Saiz: Medium
Harga: RM 5.90 sebiji.







Bagi yang berminat untuk memiliki fridge magnet yang unik ini, bolehla menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan.

Thursday, April 22, 2010

Maklumat tempahan dan produk

Kami menawarkan 3 jenis produk yang berbeza saiz dan kegunaan untuk pilihan pelanggan.

Fridge Magnet
Size: Small & Medium
Material: Pebbles attached with magnet behind the stone
Image on pebbles: Random,Special Event,Quotes
Price:Small RM 4.50
Medium RM 5.90

Paper Weight
Size: Medium & Large
Material: Pebbles
Image on pebbles:Random,Special Event,Quotes
Price: Medium & Large RM 6.80

Table Decoration
Size: Medium, Large & XLarge
Material: Pebbles with black easel stand included
Image on pebbles:Random,Special Event,Quotes
Price: Medium RM 10.00
Large RM 12.00
XLarge RM 15.00

Tempahan adalah berdasarkan make-to-order bagi Special Event.
Bagi tempahan dalam kuantiti yang banyak,kami ada menawarkan diskaun kepada pelanggan-pelanggan.

Sebarang pertanyaan/tempahan boleh hubungi kami di talian ini:

Fizman: 0196581804/ 019-6591804


Atau hantarkan email kepada: fizmancraft@yahoo.com

Wednesday, April 21, 2010

Cenderahati untuk yang diingati selalu

Tenaga pengajar yang lebih dikenali sebagai guru adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembentukkan diri dan masa hadapan kita. Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat dari mereka tidak mungkin kita akan berjaya seperti sekarang. Dorongan yang sentiasa diberikan beserta sokongan susah untuk kita lupakan.
Bersempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun,Fizman Craft mengalu-alukan tempahan cenderahati bagi mengingati jasa guru-guru kita,daripada pelajar-pelajar yang masih lagi bersekolah ataupun yang telah berjaya menjadi seorang CEO disyarikat-syarikat besar,penghargaan berbentuk cenderahati yang unik adalah salah satu cara membuktikan betapa kita ingat akan jasa-jasa mereka.
Sambutan hari lahir juga satu majlis yang amat penting bagi setiap orang.Ia akan mengingatkan kita supaya lebih bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk menikmati hidup ini. Cenderahati seperti mug,kek,frame gambar dan bermacam-macam lagi jenis cenderahati akan biasa kita lihat pada sambutan majlis sebegini.
Bagi yang menginginkan kelainan, apa salahnya mencuba produk dari Fizman Craft sebagai hadiah cenderahati.Pasti rakan-rakan lain bertanyakan dari mana kita mendapat idea untuk memeberikan hadiah yang unik dan kreatif sebegitu.

Dibawah ini adalah hadiah cenderahati hari lahir bagi Puan Zainah dan Encik Mohammad yang telah diberikan oleh pihak kerana menjadi pelanggan pertama semasa mula menceburkan diri dalam bidang kraftangan.

Table decoration bersaiz XL ini kami jual dengan harga RM15.00


Tuesday, April 20, 2010

Perancangan akan datang

Fizman Craft akan membuat jualan bagi memperkenalkan produk ini di flea market yang terdapat di sekitar Lembah Klang bagi mempromosikan jenama dan produk kami.

Kami akan membuat beberapa set collector item bagi produk fridge magnet bagi peminat-peminat produk ini di Malaysia dengan tema 1 Malaysia, watak-watak superhero dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.

Selain itu Fizman Craft juga akan cuba untuk menembusi pasaran luar dengan menawarkan produk fridge magnet bagi peminat-peminat produk ini di luar negara.

Fizman Craft-Background Profile

Bermula dengan perniagaan barangan hiasan aksesori lelaki dan wanita pada tahun 2006 telah dijadikan asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang berkaitan seni dan kraftangan. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi, iaitu setelah meneliti pasaran seni kraftangan di Malaysia,Fizman Craft telah mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kraftangan yang masih lagi tidak terlalu luas pasarannya di Malaysia.
Dengan barisan produk yang kreatif, lain daripada yang lain, dan boleh dikatakan masih baru lagi di pasaran Malaysia, Fizman Craft yakin bahawa produk yang akan ditawarkan dapat diterima masyarakat di Malaysia jika dibandingkan dengan negara luar yang telah lama menawarkan produk sebegini.

Kami menerima tempahan daripada individu ataupun untuk majlis-majlis yang berkaitan dengan pemberian cenderahati yang inginkan kelainan daripada yang sedia ada.

Harga permulaan yang ditawarkan adalah daripada RM 4.50 hingga RM 10.00 mengikut saiz, jenis dan kuantiti yang diminta

April

Antara sebahagian tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan-pelanggan semasa awal permulaan perniagaan kami.

Paper Weight



Table Decoration




Fridge Magnet