Bermula dengan perniagaan barangan hiasan aksesori lelaki dan wanita pada tahun 2006 telah dijadikan asas untuk meneruskan perniagaan dalam bidang berkaitan seni dan kraftangan. Berbekalkan pengalaman yang diperolehi, iaitu setelah meneliti pasaran seni kraftangan di Malaysia,Fizman Craft telah mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam bidang kraftangan yang masih lagi tidak terlalu luas pasarannya di Malaysia.
Dengan barisan produk yang kreatif, lain daripada yang lain, dan boleh dikatakan masih baru lagi di pasaran Malaysia, Fizman Craft yakin bahawa produk yang akan ditawarkan dapat diterima masyarakat di Malaysia jika dibandingkan dengan negara luar yang telah lama menawarkan produk sebegini.
Kami menerima tempahan daripada individu ataupun untuk majlis-majlis yang berkaitan dengan pemberian cenderahati yang inginkan kelainan daripada yang sedia ada.
Harga permulaan yang ditawarkan adalah daripada RM 4.50 hingga RM 10.00 mengikut saiz, jenis dan kuantiti yang diminta
No comments:
Post a Comment